Thursday 28 March 2013

Pemimpin Terhebat



Salam alaik semua..
Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan nikmat hidup ini. dah lama betul rasanya x menaip. Setelah beberapa bulan x update. Naik segan dengan adik2 RSS, kita duk suruh dorang update blogg, tapi kita x update. Hari ni nak kongsi skit ilmu yg dapat dari program Heroes. Semua detail programe ada di atas.


Saya sampai agak lewat ke majlis tersebut. Tapi, ada juga pengisian yang sempat saya catat utk di kongsi bersama. Pihak penganjur ada menganjurkan perkhemahan leadership islamik di lebih 70 buah negara termasuk Malaysia. Jadi dorang ada buat sikit survey mengenai sifat2 seorang leader. Sini saya nak share top 5 sifat yang responden selalu nyatakat dalam survey mereka..

Sifat-sifat Pemimpin Terhebat:
  1. Honesty: Kita ambil contoh keperibadian Rasulullah, dimana baginda sudah terkenal dengan sifatnya yang jujur sejak dari kecil. Disebabkan kejujuran, pemimpin akan lebih mudah mendapat kepercayaan dari orang lain. (xkan kita nak ikut cakap org yang selalu menipu kan?)
  2. Competence: Competence ni bahasa mudahnya, kemampuan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Seorang leader berkemampuan melakukan setiap tugasan ygg diberikan. (mesti ingat, mampu ni bukan hanya bermaksud melakukan seorang diri setiap tugasan, tetapi juga mampu menggerakkan orang sekeliling dalam bersama-sama mencapai objektif yang satu)
  3. Intelligent: seorang pemimpin yang hebat haruslah bijak. Bijak ni pelbagai. Bijak mengatur pasukan, bijak mengarahkan pasukan, bijak merangka strategi. Tapi yang paling penting, bijak uruskan diri sendiri. (kalau diri sendiri x terurus, ni pulak nak uruskan orang lain)
  4. See forward: Leader yang bagus mampu melihat diri dia, atau pasukan dia kedepan. Contoh, dia dah dapat lihat diri dia 10 tahun akan datang macam mana. Sifat ni penting sebab tanpa pandangan yg jauh, kita ibarat kapten kapal yang tiada peta untuk berlayar. Kita mudah hanyut, melainkan kita seorang pemimpin! (senang cerita GOAL SETTING kena ada)
  5. Inspiring: Perasan tak, dekat tempat kita belajar, tempat belajar atau mungkin taman perumahan kita, mesti ada sorang yang kalau kita tengok..FuuhHHH!! xnak kalah. Cara pakai dia, cara jalan, cara bercakap, waima cara duduk pon kita dah kagum. Bila dia ni masuk kelas je, terasa 'aura' dia. Ketahuilah kalian yang si dia ini adalah PEMIMPIN hebat!! (orang begini tak semestinya orang berjawatan tinggi, boleh jadi tukang kebun. Tapi, seorang tukang kebun yang hebat, sudah mampu memberi inspirasi kat kita)

No comments:

Post a Comment