Saturday 30 March 2013

Adab sebelum tidur

Assalamualaikum semua.. Selamat pagi ahad u'olls..

Macam mana dengan tidur korang? Nyenyak? Kenapa tiba-tiba tanya pasal tidur ni? Sebab tidur juga salah satu element penting dalam kehidupan kita. Allah jadikan malam untuk kita rehat, dengan maksud lain, tidur la kan. Dengan rehat yang cukup, barulah kita dapat jalankan aktiviti hari esok dengan semaksima mungkin.

Sejak akhir-akhir ni, saya selalu sangat terjaga tengah-tengah malam. Kadang-kadang xda sebab, kadang2 ada. Kalau ikutkan, saya memang jenis susah bangun pagi, ni pulak bangun tengah malam kan? Macam malam semalam, dalam pukul 5.45 pagi saya terjaga. Sebab apa? Sebab saya terperanjat dengan suara rakan bilik. Boleh pulak tengah malam dia meracau2. Malam semalam kelmarin pon sama. Pukul 4 pagi xsilap. Tapi tu bangun sakit perut la...Hehehe (kira terjaga malam jugak kan)

Jadi, disini saya nak kongsi adab sebelum kita masuk tidur. Saya share melalui blogger lain (kalau nak usha bloggnye, http://pisktpsp.blogspot.com). Harap bermanfaat..

  Antara hadis yang menerangkan tentang adab tidur Rasulullah adalah dari riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: 

Jika kamu akan tidur maka berwudhuklah bagaikan kamu hendak solat, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (doa hendak tidur) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).

Hadis riwayat Hudzaifah pula: 
“Apabila Rasulullah SAW berbaring di atas tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” 
Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: 
“Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi). 


Sebuah hadis menerangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca (yang bermaksud):
 “Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan segala urusanku kepadaMu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat yang selamat daripada seksaanMu melainkan kembali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Kau turunkan dan Nabi yang telah Kau utus.” 
– (Hadis riwayat Bukhari).


Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata:
 “Sesungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, baginda akan meletakkan telapak tangan kanannya di bawah pipi kanannya, 
lalu berdoa: 
“Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” – 
(HR. At-Tirmidzi).


Menurut Ummul Mukminin Aisyah r.a. berkata:
 “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” – 
(HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).


Walau bagaimanapun, kita juga disunnahkan tidur secara telentang seperti yang terdapat dalam hadis yang sahih di mana Rasulullah  tidur secara terlentang dengan meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: 
“Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” 
– (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).


Berkaitan dengan tidur telungkup atau meniarap pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud :
 “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.”
(HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).


  Antara adab tidur yang boleh diamalkan:

1. Hendaklah sediakkan celak dan pakaikan tiga kali di mata kanan dan tiga kali disebelah kiri bagi diri sendiri dan anak-anak.(Misykat)

2. Bentangkan tempat tidur sendiri.(Misykat)

3. Mengibaskan tempat tidur sebelum tidur.(Misykat)

4. Sebelum tidur bacalah Bismillah sekali dan surah al-Ikhlas kemudian surah al-Falaq dan surah an-Nas dan kemudian hembuskan ke tapak tangan dengan menyapukan tiga kali ke seluruh badan bermula daripada kepala dan berakhir pada ibu jari.(Tirmizi)

5. Gunakan bantal untuk meletakkan kepala ke atasnya. (Muslim)

6. Rasulullah s.a.w. melarang tidur bertiarap. (Tirmizi)

7. Tidur disebelah kanan menghadap kearah kiblat. (Bukhary)

8. Hendaklah tidur dengan tangan kanan dibawah kepala dan dengan kedua lutut dibengkokkan. (Bukhary)

9. Bacalah doa ini apabila berbaring:
“Dengan nama Allah daku letakkan sisiku dan dengan bantuanMu daku akan bangkit. Jika kamu genggam nyawaku maka ampunkan daku dan jika kau hantarkan ia kembali maka peliharalah ia sebagaimana Kau pelihara hamba-hamba Mu yang soleh.” (Misykat)
dan juga bacalah doa ini:”Ya Allah, dengan namaMu daku mati dan hidup.” (Misykat)

10. Bacalah istighfar ini tiga kali:
“Daku mohon keampunan dari Allah yang tiada yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Hidup,yang Maha Berdiri sendiri dan daku bertaubat kepadaMu.” (Tirmizi)

11. Bacalah Surah al-Waqiah sebelum tidur dapat menghindarkan seseorang daripada kelaparan dan kepapaan. (At Targhib)

12. Tidurrlah dalam keadaan berwuduk. (At Targhib)

13. Bacalah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakhbar 34 kali dan Laa ilaha ilallah sekali sebelum tidur. (Misykat)

14. Tidur dengan niat untuk bangun Tahjud. (Nasaa’i)

15. Jika seseorang mengalami mimpi yang baik dan ingin untuk menyampaikan kepada seseorang, maka hendaklah ia menyampaikan kepada seseorang yang berilmu dan berakhlak mulia supaya ia ditafsirkan dengan betul. Segala mimpi buruk, hendaklah dibaca:
“A’uzubillahi minasyaitan nirajim” 
Sekali dan ludahkan atau tiupkan kesebelah kiri tiga kali (isyarat ludah juga boleh dibuat). Hendaklah tukar posisi tempat tidur dan janganlah beritahu kepada sesiapa pundan Insyallah, tiada mudharat akan menimpa orang itu. (Bukhary dan Muslim)

16. Apabila bangun dari tidur hendaklah membaca doa ini:”Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kami mati dan kepadanya kami akan dibangkitkan (pada hari kiamat).” (Syamail Tirmizi)

17. Bersiwak apabila bangun dari tidur. (Abu Daud)
 
 
Semoga tidur kita juga satu ibadah.. ;)
Sedap je tengok adik ni tidur..;)
 

Thursday 28 March 2013

Etika Menolak Salam


Thanks to Facebook

Imej yang baik meliputi tingkahlaku termasuklah etika menolak salam yang betul. Ianya penting supaya tidak memalukan pihak yang menghulurkan salam.

Sebagai persediaan awal sebelum pihak bukan muhrim menghulurkan salam, beri tanda isyarat lebih awal. Anda boleh meletakkan tangan di dada atau menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Ia adalah sebagai makluman yang anda tidak boleh berjabat tangan.

Pemimpin Terhebat



Salam alaik semua..
Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan nikmat hidup ini. dah lama betul rasanya x menaip. Setelah beberapa bulan x update. Naik segan dengan adik2 RSS, kita duk suruh dorang update blogg, tapi kita x update. Hari ni nak kongsi skit ilmu yg dapat dari program Heroes. Semua detail programe ada di atas.


Saya sampai agak lewat ke majlis tersebut. Tapi, ada juga pengisian yang sempat saya catat utk di kongsi bersama. Pihak penganjur ada menganjurkan perkhemahan leadership islamik di lebih 70 buah negara termasuk Malaysia. Jadi dorang ada buat sikit survey mengenai sifat2 seorang leader. Sini saya nak share top 5 sifat yang responden selalu nyatakat dalam survey mereka..

Sifat-sifat Pemimpin Terhebat:
  1. Honesty: Kita ambil contoh keperibadian Rasulullah, dimana baginda sudah terkenal dengan sifatnya yang jujur sejak dari kecil. Disebabkan kejujuran, pemimpin akan lebih mudah mendapat kepercayaan dari orang lain. (xkan kita nak ikut cakap org yang selalu menipu kan?)
  2. Competence: Competence ni bahasa mudahnya, kemampuan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Seorang leader berkemampuan melakukan setiap tugasan ygg diberikan. (mesti ingat, mampu ni bukan hanya bermaksud melakukan seorang diri setiap tugasan, tetapi juga mampu menggerakkan orang sekeliling dalam bersama-sama mencapai objektif yang satu)
  3. Intelligent: seorang pemimpin yang hebat haruslah bijak. Bijak ni pelbagai. Bijak mengatur pasukan, bijak mengarahkan pasukan, bijak merangka strategi. Tapi yang paling penting, bijak uruskan diri sendiri. (kalau diri sendiri x terurus, ni pulak nak uruskan orang lain)
  4. See forward: Leader yang bagus mampu melihat diri dia, atau pasukan dia kedepan. Contoh, dia dah dapat lihat diri dia 10 tahun akan datang macam mana. Sifat ni penting sebab tanpa pandangan yg jauh, kita ibarat kapten kapal yang tiada peta untuk berlayar. Kita mudah hanyut, melainkan kita seorang pemimpin! (senang cerita GOAL SETTING kena ada)
  5. Inspiring: Perasan tak, dekat tempat kita belajar, tempat belajar atau mungkin taman perumahan kita, mesti ada sorang yang kalau kita tengok..FuuhHHH!! xnak kalah. Cara pakai dia, cara jalan, cara bercakap, waima cara duduk pon kita dah kagum. Bila dia ni masuk kelas je, terasa 'aura' dia. Ketahuilah kalian yang si dia ini adalah PEMIMPIN hebat!! (orang begini tak semestinya orang berjawatan tinggi, boleh jadi tukang kebun. Tapi, seorang tukang kebun yang hebat, sudah mampu memberi inspirasi kat kita)