Friday 18 May 2012

SNT

SXEX1411: Introduction to Science & Technology Studies (SNT)


Assalamualaikum & salam satu malaysia semua...


Sudah lama rasanya diri ini tidak meng"update" blogg ni.. Jadi hari ni rasa terpanggil pulak nak post sesuatu.. Tapi kenapa pilih tajuk ni ye??

Sebenarnya SNT adalah satu subjek wajib bagi kami, budak-budak di fak sains.. dan satu subjek yang amat-amat 'diminati' oleh kami semua..!! Mulanya memang rasa bercinta sangat nak datang kelas ni. dah la petang, belajar lak macam sejarah sains dan teknologi kat Malaysia ni..

Sejarah tu.. memang tido je lah.. Tapi lama-lama baru aki tersedar..bahawa subjek ni bagi input yang sangat-sangat-sangat besar...!! topik ni lah yang menyedarkan kami tentang situasi sebenar sains kat Malaysia. dan baru aku tahu yang sains,teknologi & inovasi (STI) di malaysia masih di tahap yang 'memilukan'..

 kita bukan takde inisiatif atau plan bagi meningkatkan STI ni, cuma implimentasi dan pelaksanaan je yang kurang.. kalau nak dibandingkan dengan Korea dan Jepun memang kalah lah..

Banyak faktor sebenarnya, tapi yang menarik perhatian aku adalah faktor sosio-budaya masyarakat Malaysia sendiri.. korang sedar tak yang kita lebih cenderung mengukur kejayaan berdasarkan gred?? tak sedar? meh nak bagi contoh sat:

"Anak Siti dapat berapa A utk SPM hari tu Limah oi..?" kata Leha kepada rakannya Limah di kedai runcit Muthusami.

"Eh,tak tahu cerita la Leha.. tak diceritanya pada kita. teruk bebenor la kot.." Leha menjawab.

"Teruk sangat la gamaknye kan??"

hah, tengok. kita lebih mementingkan gred utk ukur kehebatan. lagi banyak A, lagi pandai. ini lah silap kita. cuba lihat Albert Einstein, dia sekolah pun tak habis, tapi dia berjaya tak? ramai lagi. Bill Gates salah seorang.

Kesimpulan, buanglah pemikiran jumud kita terhadap definisi kejayaan!! Jika mereka tidak berjaya seperti yang diharapkan, janganlah kita menuding jari.. mungkin dia dah wat yang terbaik.

So, setakat ni dulu. Next post nak sebut pasal Stalker lak.. Chiyaw..!!




"Success is a lousy teacher. It seduces smart people into thinking they can't lose."                  
                                                                                                       - Bill Gates



"I failed some subject in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft, but i am the owner of Microsoft"
                                                                                                        - Bill Gates