Friday 31 August 2012

Aku : Dulu dan Kini

Assalamualaikum..

Ape kabo yop??! Hahaha.. Teman tau kome mesti beraye sakan kan?? Hahaha.. Cakap perak pulak.
Kali ni, aku nak cerita pasal diri sendiri.. Boleh ke? Ok, kalau korang nak cerita pasal pengalaman duduk asrama dengan aku, tak payah kot.. Aku dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Semua cerita hantu pasal asrama aku dah khatam.. Hahaaha... Dari hantu makcik karipap (versi sekarang makcik topup) sampai la ke orang mati dalam loker.. Korang sebut je, mesti aku tau.. Cuma versi je yang mungkin lain. Tapi tema dan objektif tetap sama..

Aku ni anak sulung, so dah jadi tanggungjawab aku pulak untuk buat yang terbaik.. Ye la.. Tauladan la konon.. So, boleh kata setiap exam besar; UPSR, PMR dan SPM, aku dapat keputusan yang.. boleh lah kalau nak riak kejap dalam seminggu.. hahaaha.. (tapi exam kecik aku salu lingkup) Duduk asrama ni banyak kelebihan dia.. Keburukan pun banyak.. Kena pandai pilih sendiri la.. Bagi aku,yang tak berapa best nye, bila balik rumah member kat rumah tak ramai.. Yelah, dah dari form 1 kan??

Disebabkan aku dapat keputusan yang best masa SPM, aku telah dapat pergi temuduga dua kali.. Satu di Seremban, untuk scholarship JPA ke German. Aku cuba la apply untuk ambil mechatronic engineering. Lagi satu dekat Unisel Shah Alam. Kali ini untuk program JAD oleh MARA di Jepun.. Tapi kata orang, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita.. So, dua-dua tawaran aku tak dapat.. (tak power speaking kot)Tercampak la aku kat matrik Perak.

Di matriks aku beralih arah ke bidang biology. Walaupun aku minat fizik, tapi aku try je la.. Mana tau boleh bawak.. (padahal malas nak tukar course) Aku sebenarnya minat kepada haiwan.. Minat ni makin bercambah bila ambil bio.. Sempat jugak la aku bela macam2 binatang dekat rumah tu.. Burung nuri, kura2, ayam kampung, malahan ular sawa batik pun aku pernah bela.. Kucing tak payah cakap la.. Dan disebabkan itu jugalah, aku minta course veterinar di UPM.. tapi sekali lagi, Tuhan lebih mengetahui.. Dapatlah aku course ecology & biodiversity di UM..


Teringin nak bela ni pulak..

Di UM, aku sangat gembira dengan kehidupan aku-kehidupan remaja.. Aku jalan kaki je dari 2nd college ke fakulti.. So, memang lalu lah di Kompleks Perdana Siswa.. Teman 'seperjalanan' aku hari2, Habib lah.. Kami ni jenis suka pergi event2 dekat UM.. menyibuk je lah.. Seminar anti dadah lah, malam puisi lah, asal ada event, dan kami free, memang serbu je lah. Satu hari ternampak iklan SERU.. nak rekrut Sahabat SERU katanya.. Kami pun terjah je lah bilik SERU tu..


Ini lah logo terbaru SERU..

Mula2 nak tanya je, SERU tu apa.. Kalau best, baru apply.. Staff yang kami jumpa masa tu, Encik Hadi.. Dia punya promote kat kami, siap bagi borang lagi.. Sehelai dua takpe, ni 'sebeban'.. Suruh bagi kawan katanya.. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai promoter SERU kat kelas dan kolej.. Sampai diorang panggil aku budak SERU lah kata kan..

SERU ni banyak faedahnya.. Lepas join aktiviti mereka, baru lah aku faham SERU itu untuk apa. SERU ni banyak membantu dalam melahirkan pelajar yang mampan bukan saja dari segi akademi tapi dalaman pelajar tu sendiri.. Nak cerita panjang lebar pun, tak guna.. Sebab bila masuk baru rasa.. Dari pengalaman aku yang aku tulis panjang2 atas tu, korang mesti perasan aku ni seorang yang tak berapa ambil kesah.. kan?? Di SERU ni lah aku sedar dengan kekurangan itu.. dalam banyak2 aktiviti, paling memberi kesan kat aku, masa aku kena 'maki' dengan Abang Amirul, motivator kami.



Ini lah Abang Amirul tu....

Ini pulak Kak Elin, isteri Abang Amirul..(motivator gak tau!!)
Masa tu perjumpaan terakhir di samping ada jamuan sikit.. Abang Amirul tanya, bila kami semua boleh hantar tugasan.. Aku pulak boleh jawab " saya tak kesah".. Nak jadi cerita, dia boleh dengar pulak aku cakap.. padahal 'slow' je aku cakap.. Memang kena la aku malam tu.. Malu tak 'hengat'.. Tapi benda tu la paling best dan beri kesan kat aku.. banyak lagi..nak taip pun tak larat dah..pukul 2.30 AM dah sekarang.. beraya sakan satu hari.. baru sempat nak taip.. Kalau korang nak tahu banyak lagi 'jasa' SERU, boleh la roger2 aku..

Sekian, wasalam.. Adios..
( marah bukan sebab benci, tapi sayang... ;D )

Apalah yang Hasrul gelak tu ye??

Tekun betul diorang ni..

Berlumba-lumba peserta nak jawab

Tersenyum mendengar keletah motivator

Ni kena denda ke??

Penyertaan dari rakan2 kita yang istimewa..

Tuesday 14 August 2012

CHICKEN SOUP FOR THE SOUL

CHICKEN SOUP FOR THE SOUL


Salam Ramadhan buat semua.. Rasanya sudah lama benar jari-jari ni tak menaip. Jadi kali ini saya nak melatih kembali jari-jari ni.. Kali ni saya nak berkongsi dengan anda semu tentang satu kisah di dalam sebuah buku yang saya baca ( CHICKEN SOUP FOR THE SOUL). Buku ini sememangnya satu buku yang amat menarik untuk dibaca.. Sebab apa? Sebab ianya adalah himpunan cerita-cerita yang ditulis daripada pengalaman sebenar masyarakat biasa macam kita ni. Dan kebanyakan pengalaman2 ni telah membuka mata penulis terhadap kehidupan yang selama ni kita kadang2 terlepas pandang. Buku ni ada dua version, yang ori dalam bahasa English. Ada juga yang bahasa Malaysia. Rumah saya dua-dua pun ada...



Terima Kasih Tukang Jaga Lalu Lintas!!


Cerita ini telah ditulis oleh Jennie Ivey. Beliau tinggal di Tennessee. Beliau adalah kolumnis surat khabar dan penulis tiga buku fiksyen. Beliau sudah menghasilkan pelbagai karya fiksyen dan bukan fiksyen, termasuk beberapa cerita dalam buku ini. (Tengok,cerita mengenai penulis pun ada. Baguskan buku ni?!)

         "  Barisan panjang kereta di jalan raya tidak bergerak. Jam pada dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 5.30 petang! Ini kali ketiga saya lambat menjemput anak dari nurseri minggu ni. Penjaganya pasti marah. Tapi, apakan daya, bukan saya sengaja mahu lambat. Hari ni semuanya serba tak kena. Daripada bateri kereta yang mati pagi tadi, kepada setiausaha yang MC, menyebabkan semua huru hara. Kini kesesakan trafiic pula melengkapkan hari yang sememangnya sudah teruk.

           Saya hanya mahu pulang, mandi dan berehat dirumah. Tetapi sudah tentu anak dan suami saya dirumah mahu saya memasak dan membantu mereka buat kerja rumah, dan melayan macam-macam lagi kerenah mereka.

           Saya mengeluh panjang. Akhir-akhir ini saya rasa seperti satu kitaran tanpa henti. Kerja pejabat, kerja rumah dan tidur. Itu sahaja! Pasti ada sebab dan maksud lain kehidupan kita di dunia ini. Agaknya saya terlalu sibuk dan letih untuk mencarinya.

          Kemudian saya ternampak beliau. Si penjaga lalu lintas itu berdiri kesorangan, hampir tidak kelihatan sekiranya bukan kerana vest oren yang dipakainya. Beliau berdiri di tengah-tengah jalan, di antara banyak kereta yang lalu lalang, beliau sabar mengarahkan empat laluan kenderaan menjadi satu. Tetapi ada satu perkara yang tak kena pada si penjaga lalu lintas ini. Apabila kereta saya menghampirinya, baru saya sedar apakah dia.

          Beliau berdiri di tengah-tengah berpuluh-puluh kenderaan dengan pemandu yang sudah letih, bosan, dan geram tersekat di dalam lalu lintas. Baju beliau sudah lencun dibasahi hujan. Ditambah pula dengan percikan lecak setiap kali kenderaan melepasi beliau. Walaupun begitu, beliau tetap senyum. Beliau bukan sahaja senyum kepada setiap pemandu yang melepasinya, tetapi turut melambai kepada mereka. Tidak ramai yang melambai balik, tetapi hampir semua orang mambalas senyumannya.

            Saya menunggu giliran kenderaan saya. Saya mula berasa malu. Sekiranya lelaki ini yang memang kerjanya sepanjang hari berdiri kesejukan dalam hujan masih mampu tersenyum dan melambai-lambai kepada semua orang, apakah alasan saya untuk merungut mengenai kehidupan saya?

            Saya terfikir tentang apa yang menanti saya dirumah. Sebuah rumah yang selesa, makanan yang baik dan sihat, yang cuma perlu disediakan sahaja. Dan yang paling penting, seorang suami dan anak-anak yang menyayangi saya.

            Kesesokan paginya? Hari esoknya saya berpeluang menggunakan kemahiran dan kepandaian saya bagi menyelesaikan tugas yang berguna. Bagaimana kehidupan saya? Sebenarnya saya bertuah dan memiliki kehidupan yang baik.

           Akhirnya sampailah giliran saya melepasi si tukang penjaga lalu lintas itu. Saya membalas lambaian beliau. Saya mengucapkan 'terima kasih' kepada beliau dengan harapan beliau faham gerak bibir saya. Beliau senyum dan mengangguk. Saya terus memandu dengan sikap dan semangat yang baru.  "




" Bukan kedudukan, tetapi sikap kita yang menentukan kita bahagia atau tidak"