Tuesday, 14 August 2012

CHICKEN SOUP FOR THE SOUL

CHICKEN SOUP FOR THE SOUL


Salam Ramadhan buat semua.. Rasanya sudah lama benar jari-jari ni tak menaip. Jadi kali ini saya nak melatih kembali jari-jari ni.. Kali ni saya nak berkongsi dengan anda semu tentang satu kisah di dalam sebuah buku yang saya baca ( CHICKEN SOUP FOR THE SOUL). Buku ini sememangnya satu buku yang amat menarik untuk dibaca.. Sebab apa? Sebab ianya adalah himpunan cerita-cerita yang ditulis daripada pengalaman sebenar masyarakat biasa macam kita ni. Dan kebanyakan pengalaman2 ni telah membuka mata penulis terhadap kehidupan yang selama ni kita kadang2 terlepas pandang. Buku ni ada dua version, yang ori dalam bahasa English. Ada juga yang bahasa Malaysia. Rumah saya dua-dua pun ada...



Terima Kasih Tukang Jaga Lalu Lintas!!


Cerita ini telah ditulis oleh Jennie Ivey. Beliau tinggal di Tennessee. Beliau adalah kolumnis surat khabar dan penulis tiga buku fiksyen. Beliau sudah menghasilkan pelbagai karya fiksyen dan bukan fiksyen, termasuk beberapa cerita dalam buku ini. (Tengok,cerita mengenai penulis pun ada. Baguskan buku ni?!)

         "  Barisan panjang kereta di jalan raya tidak bergerak. Jam pada dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 5.30 petang! Ini kali ketiga saya lambat menjemput anak dari nurseri minggu ni. Penjaganya pasti marah. Tapi, apakan daya, bukan saya sengaja mahu lambat. Hari ni semuanya serba tak kena. Daripada bateri kereta yang mati pagi tadi, kepada setiausaha yang MC, menyebabkan semua huru hara. Kini kesesakan trafiic pula melengkapkan hari yang sememangnya sudah teruk.

           Saya hanya mahu pulang, mandi dan berehat dirumah. Tetapi sudah tentu anak dan suami saya dirumah mahu saya memasak dan membantu mereka buat kerja rumah, dan melayan macam-macam lagi kerenah mereka.

           Saya mengeluh panjang. Akhir-akhir ini saya rasa seperti satu kitaran tanpa henti. Kerja pejabat, kerja rumah dan tidur. Itu sahaja! Pasti ada sebab dan maksud lain kehidupan kita di dunia ini. Agaknya saya terlalu sibuk dan letih untuk mencarinya.

          Kemudian saya ternampak beliau. Si penjaga lalu lintas itu berdiri kesorangan, hampir tidak kelihatan sekiranya bukan kerana vest oren yang dipakainya. Beliau berdiri di tengah-tengah jalan, di antara banyak kereta yang lalu lalang, beliau sabar mengarahkan empat laluan kenderaan menjadi satu. Tetapi ada satu perkara yang tak kena pada si penjaga lalu lintas ini. Apabila kereta saya menghampirinya, baru saya sedar apakah dia.

          Beliau berdiri di tengah-tengah berpuluh-puluh kenderaan dengan pemandu yang sudah letih, bosan, dan geram tersekat di dalam lalu lintas. Baju beliau sudah lencun dibasahi hujan. Ditambah pula dengan percikan lecak setiap kali kenderaan melepasi beliau. Walaupun begitu, beliau tetap senyum. Beliau bukan sahaja senyum kepada setiap pemandu yang melepasinya, tetapi turut melambai kepada mereka. Tidak ramai yang melambai balik, tetapi hampir semua orang mambalas senyumannya.

            Saya menunggu giliran kenderaan saya. Saya mula berasa malu. Sekiranya lelaki ini yang memang kerjanya sepanjang hari berdiri kesejukan dalam hujan masih mampu tersenyum dan melambai-lambai kepada semua orang, apakah alasan saya untuk merungut mengenai kehidupan saya?

            Saya terfikir tentang apa yang menanti saya dirumah. Sebuah rumah yang selesa, makanan yang baik dan sihat, yang cuma perlu disediakan sahaja. Dan yang paling penting, seorang suami dan anak-anak yang menyayangi saya.

            Kesesokan paginya? Hari esoknya saya berpeluang menggunakan kemahiran dan kepandaian saya bagi menyelesaikan tugas yang berguna. Bagaimana kehidupan saya? Sebenarnya saya bertuah dan memiliki kehidupan yang baik.

           Akhirnya sampailah giliran saya melepasi si tukang penjaga lalu lintas itu. Saya membalas lambaian beliau. Saya mengucapkan 'terima kasih' kepada beliau dengan harapan beliau faham gerak bibir saya. Beliau senyum dan mengangguk. Saya terus memandu dengan sikap dan semangat yang baru.  "




" Bukan kedudukan, tetapi sikap kita yang menentukan kita bahagia atau tidak"

No comments:

Post a Comment